BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 15, 2010

adakah terlalu pantas???

adakah terlalu cepat untuk merasakan sedemikian?
aku mahu lupakan segalanya..
aku mahu lupakan kesakitan yang aku rasa sebelum ini..
aku mahu bahagia..
tapi..hati ini masih terasa...
namun..kini...
aku berasa bahagia..
kerana hadirnya dia sebagai sabahatku..
tak ku sangka..
perkenalan yang tak terduga...
kami kekal menjadi sahabat...
tapi...
aku takut...
aku masih terasa...
sakitnya...luka dulu..
aku mahu terus begini..
walaupun hati ini..
meronta...
bersabarlah wahai hati...
jika ini takdir Allah...
akan bertaut jua hati kami...
tapi..masa ini..
kami masih kekal..
sebagai sahabat....
aku tidak mahu terburu-buru..
aku tidak mahu dikatakan mahu mencari sandaran untuk kelukaan dulu...
aku mahu ia tulus dari hati...
ikhlas dari jiwa...
luhur dari sanubari ini...
kesilapan lama tak akan kuulangi kali ini...
kelak aku tidak akan terburu-buru....
Ya Allah....
Kau peliharalah aku...
dari dikaburi...
Aku dambakan keberkatanmu...
dalam mencari teman...
Amin~~

adakah terlalu pantas???

salam...
skrang aku da kat upsi...umah seweku yang baru..not bad la rumah sewa ni..selesa gtu..hehe..hmmm hari demi hari..aku semakin gembira dengan kehidupan harian aku disini..walau terlalu banyak kenangan pahit yang kadang2 menyesakkan fikiran..namun..kini,aku rs lebih yakin dan bahagia..disamping kwn2 yang banyak menyokong aku..memberi semangat..Alhamdulillah...Terima kasih kepada seorang sahabat yang banyak memberi semangat dan sentiasa ada dikala aku sedih..kini..hidup aku kembali ceria..dengan kehadiran dia disisi.. ;)))
kehidupan pada awl sem ni amat memenatkan..banyak yang perlu diselesaikan..terutamanya hal tambah kursus..kursus major belum lagi selesai..tapi..harap akan selesai dengan segera la..insyaAllah...
Kehidupan aku kini lebih tenang...tanpa kerisauan..tapi aku tahu..ramai yang melihat aku kuat..dan tak sedih dengan apa yang dah berlaku..hakikatnya..tuhan saja yang tahu...namun.."Barang yang lepas janganlah dikenang" bak kata kawanku Su..hihi..Dia yang selalu melawak dalam bilik..sejak die jadi rumetku..mmg aku asyik gelak je ngan lawank yang sedikit kebiruan tu..tak tahan aku..hahaha
Aku tak lupa juga pada kawan baikku kt kg..Anis @ Persis Mutiara..dia banyak beri dorongan dan kekuatan pada aku...Aku syg ko nis!!! n aku harap satu ari nnti ko akn jmpe orang yang tol2 ikhlas ngan ko n syg ko...cheer up k babe!!